Dengar Suria

Sukan

Lagi suspek ditahan, keadaan Faisal Halim membimbangkan, percakapan terbatas

PIHAK polis berhasil menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes simbah asid yang menimpa penyerang sayap kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah dekat Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

Perkembangan baharu berkenaan dikongsikan oleh wartawan TV3 iaitu, Mohd Redzuan Abdul Manap yang mana memaklumkan bahawa setakat ini polis sudah menahan dua suspek bagi membantu siasatan.

Hantaran pada laman Twitter (X) tersebut turut memaklumkan keadaan terkini pemain Selangor FC, yang difahamkan pertuturan tonggak kebangsaan itu semakin terbatas akibat kecederaan dialaminya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%