PENYERANG muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim Rosli, mengesahkan dia masih memiliki baki kontrak dua tahun hingga 2025 bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang tersebut.
Meskipun begitu, pemain berusia 21 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk keluar menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman demi mendapatkan lebih minit permainan.
Penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu juga bertekad meningkatkan prestasinya musim ini dalam usaha membuktikan kredibilitinya sebagai salah seorang penyerang tempatan yang wajar diberikan perhatian.