KUCHING City FC boleh dikatakan antara kelab underrated yang diam-diam sudah mempunyai rancangan tersendiri untuk menambah baik mutu pasukan supaya dapat memberi saingan sengit kepada pesaing Liga Super lain.
Kerancakan membawa masuk pemain antara perkara positif yang sedang dibuat oleh pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak dalam memastikan pasukan bimbingannya berada di landasan tepat untuk musim baharu ini.
Setakat ini, pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu sudah membawa masuk dua pemain iaitu Rodney Calvin bagi mengisi pertahanan tengah Kuching City dan Shamie Iszuan Amin untuk membantu bahagian serangan dengan peranannya sebagai sayap kanan.