KUARTET 4×100 meter (m) wanita negara sedikit bernasib baik apabila merangkul pingat gangsa pada final acara Sukan Asia itu yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou, China pada Selasa malam.
Ia selepas penyertaan kuartet Bahrain dibatalkan selepas salah seorang pelari negara itu didapati melakukan kesalahan TR24.7 iaitu membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan.
Terdahulu gandingan Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy menampilkan larian bertenaga untuk mencatat masa 45.01 saat untuk menamatkan saingan di tempat keempat.