KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon kecewa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada 4 Januari depan dibatalkan.
Ini kerana pembatalan itu menyebabkan pasukan kendaliannya berdepan kemungkinan hanya bermain satu aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Januari sehingga 10 Februari.
Pan-gon berkata bermain satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada 8 Januari sebelum memulakan kempen Piala Asia tidak mencukupi dalam persediaan anak buahnya menghadapi cabaran hebat di Doha.