BEK kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sering diangkat sebagai antara pemain terbaik di posisinya, baik dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) mahupun di Eropah.
Meskipun pernah dikritik mengenai kebolehannya untuk menyekat serangan lawan, hantaran dan kebolehannya ketika membantu pasukan menyerang sukar dipertikaikan.
Buktinya, dia kini sudah memegang rekod EPL sebagai pemain pertahanan dengan bantuan gol terbanyak meskipun baru sahaja berusia 25 tahun.