PASUKAN negara mencatatkan satu keputusan positif dalam perlawanan persahabatan Tier 1 apabila mengikat Syria dengan skor 1-1 pada Rabu.
Aksi yang berlangsung di Chengdu, China menyaksikan Harimau Malaya ketinggalan pada minit ke-12 selepas pasukan lawan membuka jaringan menerusi percubaan Mardik Mardikian.
Tidak cukup dengan itu, tekanan semakin dirasakan skuad kebangsaan apabila Yassin Samia menewaskan penjaga gol negara, Syihan Hazmi beberapa minit sebelum babak pertama melabuhkan tirai.