Dengar Suria

Sukan

Kinoshi anggap aksi final MFL Challenge Cup peluang Selangor gembirakan penyokong

SELANGOR FC berpeluang menebus kekecewaan dialami susulan penyingkiran awal daripada Piala Malaysia 2024/25 apabila mara ke pentas akhir MFL Challenge Cup berikutan kemenangan agregat 2-0 ke atas Penang FC.

Meskipun kejohanan itu tidak dipandang tinggi rata-rata penyokong, ia sedikit sebanyak dapat mengubati luka dialami disebabkan isu prestasi tidak menentu dialami skuad Gergasi Merah tersebut.

Pandangan berkenaan turut disokong pengendalinya, Katsuhito Kinoshi yang beranggapan anak-anak buahnya perlu memanfaatkan peluang tersebut demi membalas pengorbanan daripada peminat setia pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%