Dengar Suria

Sukan

Kim Pan-gon masih belum ‘sign’ kontrak

KETUA jurulatih pasukan negara, Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kesemua aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 walaupun status kontraknya kini menjadi tanda tanya.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, Pan-gon mendapat sokongan badan induk itu untuk terus memajukan pasukan negara.

Beliau berkata, sebarang keputusan melibatkan kontrak pengendali dari Korea Selatan itu yang difahamkan berakhir Januari tahun depan, akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%