PERMULAAN cemerlang dinikmati Liverpool FC di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot yang hadir pada tempoh pramusim bagi menggantikan Jurgen Klopp selepas sembilan tahun di kelab itu.
Lima kemenangan dan hanya satu kekalahan dialami dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan mereka di kedudukan teratas dengan rekod berkenaan turut diteruskan dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Tiga mata penuh yang dikutip ketika berdepan wakil Itali, AC Milan menunjukkan skuad The Reds wajar diletakkan sebagai pencabar serius dalam semua kejohanan disertai.