SIASATAN terhadap kes simbahan asid ke atas pemin negara, Faisal Halim sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) daripada pihak berkuasa.
Hal tersebut disampaikan peguam mewakili penyerang sayap Selangor FC berkenaan, Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co dalam satu sidang media di Kajang, Selangor pada Khamis.
“Sepanjang tempoh siasatan kes, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberi perhatian sewajarnya. Ini termasuklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu mereka membuat siasatan menyeluruh.