INSIDEN jenayah terbaru yang melibatkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim turut mendapat liputan portal Vietnam, The Thao 247.
Nama Safiq menjadi bualan di negara Asia Tenggara itu kerana statusnya sebagai bekas kapten Harimau Malaya.
Beraksi bersama Harimau Malaya, Safiq pernah membantu skuad kebangsaan meraih kejuaraan Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2009.