DALAM masa yang singkat, perjalanan Manchester United di Denmark menentang FC Copenhagen pada aksi UEFA Champions League (UCL) berubah daripada suka kepada duka.
Bermula dengan mendahului perlawanan menerusi dua jaringan Rasmus Hojlund, detik kejatuhan United hadir apabila pengadil memberikan perintah keluar padang kepada Marcus Rashford.
Rashford diperintah keluar padang pada minit ke-42 selepas pengadil, Donatas Rumsas melayangkan kad merah kepadanya akibat kesalahan bermain terlalu kasar (serious foul play) selepas melihat ulang tayang menerusi Video Assistant Referee (VAR).