BEKAS Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr PS Nathan meninggal dunia pada usia 90 tahun, petang Ahad.
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.
“Beliau seorang pemimpin, mentor dan pembimbing yang hebat dalam komuniti boling. Kepimpinan berwawasan beliau bukan sahaja mengangkat boling Malaysia ke tahap bertaraf dunia malah memberikan inspirasi kepada ramai individu yang berpeluang menimba ilmu daripadanya.