PENERJUN berpengalaman negara, Ooi Tze Liang mengalami kecederaan di kepala ketika menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional dekat Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Penerjun yang bakal berusia 31 tahun pada 19 November itu mengalami kecederaan di kepala semasa melakukan terjunan kedua di mana kepalanya terhantuk bahagian hujung papan anjal selepas melakukan lompatan ke dalam kolam.
Kecederaannya itu sekali gus menyebabkan Tze Liang tidak dapat menghabiskan pertandingan tiga meter (m) papan anjal.