BEKAS pemain import Selangor FC, Hyuri Henrique mengucapkan selamat maju jaya buat skuad kendalian Nidzam Jamil menjelang aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu (24 Ogos).
Pemain berusia 32 tahun itu pernah mewakili Selangor pada musim 2022 daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hatta Club namun hanya sempat tampil dalam 11 perlawanan.
Dalam media sosial rasmi Selangor, Hyuri meninggalkan komen “All the best, good luck” buat Gergasi Merah yang memburu kejuaraan kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2009.