SELEPAS kehilangan beberapa pemain utama menjelang kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024, isu sama sekali lagi melanda Pahang Rangers FC apabila sebahagian tonggak mengambil keputusan meninggalkan kelab Pantai Timur itu.
Saiful Nizam Ali dan Nazreen Saudi merupakan dua pemain mereka yang awal mencari majikan baharu apabila secara rasmi menyertai naib juara musim lalu, Selangor FC.
Beberapa bintang import turut berbuat demikian dengan pemain dari Indonesia, Guntur Sulistyo dilaporkan kembali ke negara asalnya sementara Murilo Carlos Saad mengambil tindakan yang sama.