KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya Malaysia berhak untuk menang apabila mengatasi Chinese Taipei 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Taiwan, pada Selasa.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, bahawa pasukan Blue Wings itu berjaya memberikan saingan yang sukar tetapi pemain Harimau Malaya lebih berazam untuk memenangi perlawanan tersebut.
“Kami sudah jangkakan perlawanan malam ini (Selasa) sukar, kami sudah tahu kekuatan, disiplin, fizikal dan semangat juang pemain-pemain Taiwan tetapi saya rasa semangat kami sedikit lebih tinggi daripada mereka.