CORAK belang harimau dipilih menjadi rekaan baharu bagi pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menampilkan imej ‘lebih garang’ pada rekaan terbaharu itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria berkata, perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas terhadap reka bentuk dan motif pakaian rasmi kontinjen negara sebelum ini yang dikatakan tidak menyerlah.
Menurutnya, corak baharu yang dipilih berlatar belakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah depan dan belakang jaket.