‘KELAYAKAN Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih penting daripada Piala Asia Qatar 2023′, demikian kata-kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelang saingan Malaysia bertemu Kyrgyzstan Khamis ini.
Malaysia melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2024 Januari hadapan, manakala perjalanan skuad kebangsaan kini diteruskan bagi melihat prospek peluang terus beraksi di peringkat tertinggi antarabangsa, dimulakan dengan saingan kelayakan yang bermula Khamis ini bertemu Kyrgyzstan sebelum bertandang ke Taiwan 21 November nanti.
Hamidin berkata, pasukan kendalian Kim Pan-gon bakal memperoleh lebih banyak manfaat sekiranya berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.