PERTIKAIAN mengenai jadual Liga Super 2024/25 berterusan apabila baru-baru ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai pengelola masih belum dapat mengeluarkan jadual penuh.
Berdasarkan senarai dikeluarkan pada Selasa, jadual yang diumumkan hanya merangkumi aksi sehingga minggu ke-14 sehingga yang ke-16 dengan kedua-dua aksi itu berlangsung selama dua bulan.
MFL dalam kenyataan yang disebarkan di media sosial turut menegaskan senarai perlawanan penuh masih belum diputuskan berikutan perubahan tarikh Piala AFF pada Disember depan.