KELAB bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih boleh meneruskan program pemain naturalisasi mengikut langkah dan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.
Memetik laporan Harian Metro, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, di peringkat kebangsaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghentikan program pemain naturalisasi buat sementara waktu.
Menurutnya, bagi pemain warisan atau yang mempunyai pertalian darah keluarga dengan warganegara Malaysia, FAM sedang mencari bakat-bakat baharu yang akan dikenal pasti.