PELUANG baik dimiliki Selangor FC untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two selepas layak ke pertandingan peringkat benua itu buat edisi kedua berturut-turut.
Mereka berjaya meraih slot automatik itu setelah disahkan sebagai naib juara Liga Super 2024/25 selepas memiliki 10 mata berbanding pencabar terdekat, Sabah FC dengan tiga perlawanan berbaki.
Pencapaian itu kemudiannya diraikan secara sederhana oleh penyokong dan pasukan kerana masing-masing lebih tertarik untuk menampilkan aksi lebih baik bagi kempen akan datang.