LEGENDA bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan optimis skuad Harimau Malaya mampu mencuri mata pada perlawanan pembukaan bertemu Jordan dan Bahrain di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari depan.
Bekas penyerang Selangor itu berkata, keyakinan itu muncul setelah melihat percaturan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon yang banyak ‘menampal’ kelemahan pasukan negara selain prestasi memberangsangkan tahun ini.
“Kita lawan dengan Bahrain dan Tajikistan tidak jauh ketinggalan matanya, itu sebelum Pan-gon memperbaiki pasukan, jadi saya lihat pasukan Jordan tidak jauh beza (prestasinya) dengan Tajikistan sekiranya mereka memberikan persembahan terbaik dan konsisten.