DALAM usaha menghangatkan lagi sukan bola jaring dalam negara, Astro sebagai pengelola Liga Super Bola Jaring (NSL) tampil menganjurkan Klinik NSL bagi mengasah bakat ‘ubi muda’.
Program yang sebelum ini hanya dianjurkan sekitar Lembah Klang dipergiatkan apabila baru-baru ini, mereka memperluaskan usaha tersebut ke luar kawasan dengan mengadakannya di Velodrome Iskandar Puteri, Johor.
Lebih menarik lagi, Klinik NSL yang diadakan julung kali di luar Lembah Klang menyaksikan kehadiran pemain serta barisan kejurulatihan Johor Jewels yang merupakan juara bertahan pertandingan itu.