Dengar Suria

Sukan

‘Kegagalan ACLE satu keputusan tidak realistik jika JDT buang Bidoglio’

KELAB elit Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) menempa sejarah baharu bola sepak tempatan apabila melengkapkan gelaran hatrik quadruple selepas menjuarai Piala Malaysia dengan menundukkan Sri Pahang 2-1 dalam aksi final pada Sabtu lepas.

Kejayaan itu bagaimanapun tidak memberi jaminan kepada masa depan pengendali skuad Harimau Selatan iaitu Hector Bidoglio selepas jurulatih itu dikatakan tidak akan bersama JDT pada musim depan.

Menurut pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam dalam siaran Nadi Arena, Bidoglio berpotensi digantikan susulan kegagalan JDT mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%