KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) pastinya memasang impian layak ke pentas akhir Piala FA selepas Sang Kenari akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang akan berlangsung pada Ahad (4 Ogos).
Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan melayani kunjungan anak-anak buah Nafuzi Zain turut mahu mengekalkan trofi Piala FA di bumi Harimau Selatan.
Ditambah lagi, JDT hanya membawa pulang satu mata ketika menentang PDRM FC dalam perlawanan Liga Super, Rabu lalu (31 Julai) yang sekali gus membuatkan skuad kendalian Hector Bidalgio mahu bangkit daripada prestasi hambar itu.