SEBUAH kerusi dibaling ke arah pemain Manchester United yang sedang meraikan gol kemenangan 2-1 menentang Sheffield United, pada Sabtu.
Pasukan Erik ten Hag memperoleh dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana selepas Scott McTominay dan Dalot kedua-duanya menjaringkan gol, sekali gus membantu Red Devils melakar kemenangan di Bramall Lane.
Pemain antarabangsa Scotland itu membuka jaringan pada minit ke-28, hanya untuk Blades membalas sepakan penalti Oli McBurnie tidak lama kemudian.