Dengar Suria

Sukan

‘Kebangkitan pantas Faisal Halim wajar dicontohi, sesuai digelar wira sebenar’

PENYERANG sayap Selangor FC, Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.

Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pemain skuad kebangsaan itu sudah mempamerkan semangat luar biasa untuk bangkit sambil menjelaskan ia bukanlah satu proses mudah, menurut laporan Stadium Astro.

Malah, menurut bekas pengendali Terengganu itu, kembalinya pemain berusia 26 tahun tersebut di padang selepas tiga bulan daripada mengalami kelecuran teruk seharusnya menjadi contoh kepada pemain lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%