SELEPAS 10 tahun sunyi tanpa piala, Selangor FC akhirnya menjulang trofi pertandingan domestik apabila berjaya menewaskan PDRM FC dengan keputusan agregat 7-0 dalam aksi final Piala Cabaran pusingan dua pada Sabtu.
Dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor itu menyaksikan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi menurukan barisan terbaiknya seperti trio serangan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Ali Olwan.
PDRM FC bukan hanya turun tanpa pengendali mereka iaitu P. Maniam, malah penggempur utama The Cops, Ifedayo Olusegun juga tidak berada dalam senarai pemain utama mahupun simpanan.