TEMPOH diluangkan dua bekas pemain kebangsaan, Rizal Ghazali dan Baddrol Bakhtiar di Sabah FC jelas membuahkan hasil kerana mereka berjaya membawa perubahan ketara di kelab berkenaan.
Mereka yang menyertai skuad Sang Badak atas pelawaan Datuk Ong Kim Swee pada 2022 tidak menunggu lama untuk memberi impak dengan membantu kelab itu layak ke Piala AFC musim berikutnya.
Sikap kepimpinan serta kualiti kedua-dua pemain terbabit di atas padang jelas memainkan peranan di sebalik kebangkitan mendadak pasukan sehingga mereka digeruni pasukan lain dalam arena Liga Super.