BINTANG Inter Miami, Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali kelapan pada Selasa.
Penyerang sensasi kelahiran Argentina itu dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar 2022, selain meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.
Messi juga berjaya mengatasi penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Messi mencatat rekod selepas bergelar pemenang Ballon d’Or kali kelapan. — Instagram/Leomessi