PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim memuji semangat kesukanan Patrick Dorgu selepas bek kiri itu memberitahu pengadil bahawa dia melakukan kesilapan ketika memberikan sepakan penalti kepada Red Devils dalam kemenangan 4-1 dalam aksi Liga Europa ke atas Real Sociedad pada Jumaat.
Kemenangan itu mengesahkan kemaraan Man United ke peringkat suku akhir dengan kemenangan menerusi agregat 5-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama sebelum ini.
Tiga gol pertama dalam perlawanan itu diperoleh menerusi sepakan penalti, dengan Bruno Fernandes menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan Mikel Oyarzabal.