TONGGAK tengah England, Jude Bellingham terlepas daripada hukuman gantung perlawanan dan hanya dikenakan hukuman denda sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan kelakuan sopan.
Memetik laporan media luar negara, bintang muda Real Madrid berkenaan boleh beraksi pada saingan suku akhir Kejohanan Euro 2024 menentang Switzerland pada Ahad ini selepas terlepas hukuman gantung perlawanan.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) difahamkan menyiasat Bellingham susulan gaya lucah yang dilakukan selepas meledak jaringan sepakan gunting pada minit ke-95 berdepan Slovakia.