RAMAI peminat bola sepak hari ini berpendapat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan pemain terbaik dunia.
Namun bagi Jose Mourinho, dua nama hebat itu tidak termasuk dalam senarai peribadinya.
Menurut Mourinho, dia berpendapat ikon bola sepak Brazil Ronaldo Nazario merupakan pemain terbaik dunia yang sebenar.