JOHOR Darul Takzim (JDT) berdepan satu lagi masalah kecederaan apabila bek tengah mereka, Jordi Amat dilaporkan mengalami masalah kecergasan baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di laman Instagram peribadinya pada Jumaat, bek tengah kebangsaan Indonesia itu berkata, dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam aksi timbal balik Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Sabtu malam.
“Hi semua. Pada esok (Sabtu), dukacita saya ingin katakan bahawa saya tidak akan dapat diturunkan berdepan Negeri Sembilan kerana kecederaan lengan.