KEJUTAN dan keterujaan dirasai peminat bola sepak tanah air apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Jordi Amat pada 2022.
Bek tengah yang pernah beraksi beberapa musim bersama Swansea City itu menerima tumpuan ramai memandangkan dia masih berada di kemuncak kariernya.
Selain itu, perpindahan tersebut membuktikan keazaman tinggi daripada Harimau Selatan yang bercita-cita besar dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).