BARU-BARU ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu status halal bagi lima jenama makanan ternama, iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw yang mendapati mereka bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan tersebut, Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.