KEDAH Darul Aman (KDA) FC meneruskan aktiviti perpindahan bagi musim depan apabila mengumumkan kehadiran rekrut kedua, Rizal Ghazali.
Pengumuman tersebut dibuat selepas mereka menyambut kepulangan penyerang, Syafiq Ahmad yang tiba dengan status pinjaman dari Johor Darul Ta’zim.
Kemasukan Rizal pasti membawa keriangan buat penyokong Hijau Kuning yang cukup sinonim dengan pemain yang pernah beraksi buat kelab Utara tanah air itu selama beberapa musim.