MASA semakin hampir untuk musim baharu Liga Super bermula. Lazimnya di peringkat pramusim, pelbagai kelab akan mengadakan aksi perlawanan persahabatan bagi memanaskan badan sebelum liga bermula.
Bagi kelab-kelab Malaysia, tidak semua akan melakukan jelajah ke luar negara. Ada kelab yang melakukan jelajah tetapi dalam negara sahaja menuju ke kawasan tertentu. Malah, ada juga kelab yang menentang pasukan bertaraf daerah dalam negeri mereka sendiri.
Namun begitu, ada juga kelab yang melakukan perlawanan pemanas badan menentang pasukan-pasukan dari Singapura seperti Perak FC dan Sri Pahang FC.