BOLA sepak Korea Selatan berubah wajah apabila Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) melantik dua jurulatih legenda iaitu Park Hang-seo dan Shin Tae-yong sebagai naib presiden baharu mereka.
Dua jurulatih ikonik bagi kancah bola sepak Asia Tenggara menyertai barisan kepimpinan KFA seramai 27 orang diketuai oleh presidennya, Chung Mong-gyu.
Tugas Park di KFA adalah sebagai penasihat kepada skuad kebangsaan sementara Shin menguruskan hal-hal kerjasama antarabangsa.