PENCARIAN pemain warisan baharu untuk memperkuatkan Harimau Malaya masih diteruskan dengan khabar angin terkini mendakwa bahawa seorang pemain muda di Sepanyol akan menyertai skuad Peter Cklamovski.
Menerusi hantaran dari pemerhati bola sepak tanah air, Syafiq Freman di laman X miliknya memberitahu pemain muda berkenaan dilahirkan di Tegueste iaitu sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol.
“Lagi pemain warisan baharu tinggi lampai (CM) kelahiran Tegueste, Sepanyol dilaporkan bakal warnai skuad kendalian Peter Cklamovski. Masih muda dan beraksi bersama salah sebuah skuad muda gergasi Sepanyol. #longterm,” tulisnya pada Sabtu.
BACA LAGI: ‘Terima kasih TMJ’, Mark Milligan tinggalkan Harimau Malaya, cuma sempat satu perlawanan