SELEPAS ura-ura akan merekrut enam pemain baharu untuk jendela perpindahan Ogos nanti, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga berkemungkinan akan menerima staf kejurulatihan baharu untuk pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).
Minggu lepas heboh desas-desus mengenai Harimau Selatan yang difahamkan melakukan rombakan besar-besaran selepas dikhabarkan enam pemain akan menyertai JDT menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada Ogos nanti.
Antara bayangan awal yang mengenai perpindahan pemain baharu ialah JDT akan menerima import kelahiran Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang pemain Colombia, seorang pemain Argentina dan seorang pemain tempatan.