PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) mensasarkan Harimau Selatan bakal dipenuhi dengan kelompok pemain-pemain import lebih muda pada saingan musim depan.
Idea tersebut tercetus selepas melihat JDT musim ini cenderung membawa masuk pemain berusia kerana mahu membantu Harimau Selatan mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Perkara itu disampaikan Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama penyokong-penyokong JDT selepas Harimau Selatan tewas di tangan Buriram United dalam aksi pusingan ke-16 ACLE dengan keputusan 0-1 pada 11 Mac lalu.