KELAB elit bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan kewangan yang stabil mampu meyakinkan banyak bintang bola sepak luar negara untuk bermain bersama mereka di saingan Liga Malaysia (Liga M).
Setakat ini Harimau Selatan sudah membawa masuk enam pemain baharu iaitu Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Enzo Lombardo, Jorge Obregon dan penjaga gol muda, Christian Abad.
Meskipun sudah merekrut enam pemain baharu bagi memperbaiki setiap posisi namun Harimau Selatan dikhabarkan masih mahu berbelanja lebih dengan membawa masuk seorang lagi import di posisi penjaga gol.