BEKAS pemain antarabangsa Sepanyol, Jese Rodriguez dilaporkan bakal menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama lagi.
Menurut tabloid sukan yang berpangkalan di Madrid, Marca, penyerang dan pemain sayap berusia 31 tahun itu nampaknya akan menandatangani kontrak dengan skuad Harimau Selatan yang akan menjadi kelab ke-10 dalam kariernya.
Hal itu turut disahkan wartawan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam yang mengumumkan perpindahan itu akan menjadi nyata dalam masa terdekat.