SEHINGGA hari ini, hala tuju Tan Cheng Hoe masih belum dikenal pasti dengan bekas pengendali Harimau Malaya itu masih tidak bersama mana-mana pasukan.
Dia yang sebelum ini mencuba nasib di luar negara bersama Police Tero FC dalam Liga Thailand jelas bergelut apabila pasukannya ‘jatuh’ ke divisyen kedua berikutan prestasi tidak menentu.
Sejak itu, pengendali berusia 56 tahun berkenaan tidak lagi membimbing mana-mana kelab meskipun pernah menyatakan hasrat untuk kembali ke bidang berkenaan.