AWAL musim lalu, peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan berita pemergian rekrut baharu mereka, Jalil Elias yang secara tiba-tiba meninggalkan skuad Harimau Selatan.
Dia yang baru sahaja tiba pada Januari 2024 sememangnya amat dinanti-nantikan impaknya memandangkan dia hadir dengan nilai pasaran nilai €3 juta (RM15.2 juta), sekali gus menjadikannya pemain import termahal dalam sejarah.
Namun, ketika diturunkan dalam aksi debut menentang Negeri Sembilan FC, pemain kebangsaan Syria itu tidak membawa impak segera meskipun pada hujung permainan, skuad Harimau Selatan mudah mencatatkan kemenangan 3-1.