PENYOKONG tanah air pasti masih mengingati Paolo Rangel, nama yang pernah menggegarkan kancah Liga Super Malaysia ketika bersama kelab Perak, Selangor FC, Terengganu FC (TFC), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah FA.
Walaupun sudah mencecah usia 40 tahun, Rangel nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menggantung but apabila sekali lagi mencuri tumpuan dengan mencipta nama sebagai penyerang digeruni di tanah kelahirannya sendiri iaitu Brazil.
Kini bersama kelab Castanhal di Divisyen Empat Brazil, pemain berketinggian 1.89 meter itu mencatatkan enam gol dalam sembilan perlawanan, satu pencapaian yang luar biasa bagi pemain seusianya.