KEDAH Darul Aman (KDA) FC bakal kehilangan khidmat jurulatihnya selepas Nafuzi Zain dikhabarkan akan meninggalkan pasukan berkenaan selepas dikhabarkan menerima lamaran dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Khabar angin berkenaan mula menjadi buah mulut penyokong selepas pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai pengendali Sang Kenari itu pada laman X miliknya.
“Nafuzi Zain bakal tinggalkan Kedah Darul Aman, difahamkan menjadi calon jurulatih B23 (Bawah-23 tahun) negara,” kata memetik ciapan pada Rabu.